sape faham maksud madah kat bawah??terangkan siket..

madah pujangga

solatlah dengan hati,
bukan hanya dengan kaki,
nescaya kau tidak merasi,
erti penat menghadap illahi...

berkata-katalah dengan hati,
bukan hanya melalui bibir,
ikhlas menyampai dari hati,
nescaya ada bezanya pasti...

menulislah dengan hati,
bukan hanya tangan menaip,
pasti pembaca mampu hayati,
dari mata terus ke hati...

mendengarlah dengan hati,
bukan hanya telinga disinggahi,
nescaya penyampai bukan kau perhati,
namun menghayati bait-bait isi...


melihatlah dengan hati,
bukan hanya mata memerhati,
nescaya kau melihat keagungan illahi,
di setiap darjah di setiap inci...

namun yang bermula dari hati,
akan sampai semula ke dalam hati,
menerobos dinding yang menghalangi,
dari ikhlas kerana illahi...


No comments:

Post a Comment