Majlis Perkahwinan? Siapa Yang Nak Kahwin?

Cuba teka siapa sebelah Murni?


Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera...

Wahh!!!Lama dah tak update blog ni,berhabuk dah rasanya.Kebetulan hari ni cuti,jadi nak meluangkan sedikit masa untuk update blog ni.Ha!Nak bagi tahu korang ni,sekarang ni tengah hujan kat luar rumah ni.Alhamdulillah...setelah sekian lama berpanas terik,akhirnya hujan juga hari ni.Urmm...hari ni sebenarnya bukanlah cuti,tapi absent.Jangan risau,Murni dah maklumkan kepada bos.Lagipun letih sebab semalam seharian teman kawan baik Murni sorang ni pergi shopping,sampai demamlah malamnya.

Sebenarnya berat juga hati nak teman dia pergi shopping.Tapi bila difikirkan balik,bila lagi nak luangkan masa dengan dia sebab kami ni jarang berjumpa.Lagipun bukan teman pergi shopping suka2,tapi shopping barang kahwin.Eh!Siapa yang nak kahwin?Murni ke?Taklah!Dah nama pun teman kawan,jadi kawanlah yang kahwin.Walaupun kami ni sebaya,tapi jodoh dia sampai dulu.Bilalah Murni pula nak menyusul?Kena tanya pada "ehem2" bila dia nak pinang Murni.



Lupa nak bagitahu,nama kawan Murni ialah Norhayani.Tapi Murni selalu panggil Yani je.Nak panggil neelofa pun tak salah,tapi takut dia terlebih bangga pula.huhu...Cerita sebenarnya bermula pada suatu hari tu selepas lama tak berjumpa dia,dia bagitahu dah bertunang.Opocot!Terkejut beruklah jawabnya.Tapi belum habis terkejut,kali ni dia bagitahu nak kahwin dah.Uwekk!*muntah whiskers* bila dengar dia nak kahwin.

Mana taknya,kawan yang dari kecik dan sama2 membesar,tiba2 cakap nak kahwin.Maklumlah waktu kecik2 dulu mana pernah fikir pasal kahwin,yang dalam kepala asyik fikir nak main je.Bila masuk je zaman sekolah asyik fikir belajar.Tapi tak ku sangka dan tak ku duga bila masuk je alam pekerjaan si Yani lebih cepat matang dalam kehidupan dan menuju selangkah ke alam perkahwinan.

Okey!Majlis perkahwinan Yani akan berlangsung pada hari sabtu ni(22-March-2014) dan pernikahannya pula sehari sebelum majlis perkahwinan,hari jumaat.Tema majlis perkahwinan tu warna ungu tahu.Pelik rasanya sebab dulu Yani suka warna pink,Murni pula suka warna biru.Bila dah besar ni sama2 suka warna ungu.Inilah dikatakan sahabat sejati sejiwa dari zaman sekolah.Kami ni punyalah rapat sampai Yani menjadi anak angkat kepada ibu Murni.

Sebabkan itulah walau terpisah oleh jarak dan waktu pun,kami masih tak putus hubungan(lost contact).Alhamdulillah masing2 saling tak melupai.Harap2 lepas Yani dah kahwin nanti,dia tak lupakan Murni *sambil lap air mata*.Entah bila lagi dapat jumpa dia sebab dengar cerita dia nak pindah kedah selepas selesai majlis.Makin menggununglah rindu Murni nanti.Apa2 pun murni akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat Yani dan semoga mahligai yang dibina akan kekal sehingga ke akhir hayat.Amin..

Murni rasa tak sabar nak pergi kenduri tu.Excited sangat nak tengok warna ungulah katakan.Yani suruh pakai baju warna ungu masa datang kenduri dia nanti.Ikut tema katanya.Murni baru cadang nak pakai baju warna merah sebab si "ehem" suka warna merah.Kononnya merah melambangkan hati yang dipenuhi cinta.Cewahh!!!Ayat dia boleh buat ais di kutub utara cair.Hehe..Sebenarnya si dia ni agak jiwang dan penuh kata2 manis,maklumlah dia tu minat falsafah(macam tak ada kena mengena).Tapi bukan setakat tabur janji manis je,dia memang tak seperti yang korang semua jangka.Kena tengok sendiri baru tahu.Tengok je ye,jangan korang semua "melekat" pula sebab dia ada aura yang menyebabkan orang sekeliling rasa senang dengan sikap dia.

Eh!Kita balik ke topik Yani.Entah macam mana boleh tersimpang ke cerita "ehem2" pula.Kalau korang nak tahu pasal dia,nanti Murni update pula post lain pasal dia.Okey!Pasal baju ungu tu,nantilah Murni cari baju yang sesuai.Sebab baju Murni yang berwarna ungu pun boleh kira.Entah ada lagi ke tak baju tu.Satu lagi,Yani ada minta tolong tangkap gambar waktu majlis dia nanti.Kamera tu si "ehem" tu yang punya,Murni pinjam je.Tapi Murni tak tahu cara nak guna,lagipun lepas tangkap tu Murni tak tahu nak edit bagi cantik macam mana.

Tak apa,Murni dah minta bantuan si dia tolong ajar guna kamera dan edit gambar.Tuan kamera mesti tahu punya walaupun dia bukanlah cameraman professional,tapi salah seorang abg dia cameraman.Kadang2 adalah juga abang dia turunkan ilmu tu kat dia(bukan turunkan saka ye).Dia akan datang ke sini dalam minggu ni dan akan menginap sehari dua kat rumah Murni.Jangan salah sangka ye!Dia cuma tumpang menginap je dan tidur di bilik lain dengan adik2 lelaki murni.Itupun dengan kebenaran ayah dan ibu murni tahu.

Itu saja rasanya nak update pada post pada kali ni.Rasa lenguh pula jari menaip.InshaAllah,kalau panjang umur,dan ada waktu lapang Murni akan update post terbaru lagi.Dan Murni akan update juga post mengenai si dia seperti yang dijanjikan.Kalau korang nak tahu macam mana rupa si "ehem",boleh tengok gambar yang ada kat atas.Sekian...



No comments:

Post a Comment